Majlis Perbandaran Bentong: Cukai Taksiran & eBayaran

Majlis Perbandaran Bentong

Bayaran Cukai Taksiran Majlis Perbandaran Bentong kini lebih mudah dengan kemudahan eBayaran. Penduduk Bentong boleh menyemak dan melunaskan cukai taksiran secara atas talian melalui portal rasmi MPB atau aplikasi PahangGo. Sistem ini memastikan pembayaran lebih cepat, selamat, dan telus, sambil mengurangkan keperluan hadir ke kaunter. Dengan sokongan platform seperti FPX, Maybank2u, Bank Rakyat, BSN, JomPAY, PBTPAY, dan PahangGo, eBayaran memberi fleksibiliti kepada pengguna untuk melaksanakan transaksi pada bila‑bila masa.

Latar Belakang

Pentadbiran perbandaran di Daerah Bentong bermula dengan penubuhan Majlis Bandaran Bentong pada 5hb. Mei 1955 dengan kuatkuasa undang-undang dan diwartakan mengikut Warta Kerajaan Negeri Pahang Bil. 147. Penubuhan Majlis Daerah Bentong pada 1hb. Julai 1981 adalah berdasarkan kepada Akta Kerajaan Tempatan (Akta 171). Ia merupakan satu kenaikan taraf dari Majlis Bandaran kepada sebuah Majlis Daerah dengan penyatuan Majlis Bandaran Bentong berserta 5 buah Majlis Tempatan dan beberapa kawasan lain iaitu :

  1. Majlis Bandaran Bentong
  2. Majlis Tempatan Karak
  3. Majlis Tempatan Sg. Dua
  4. Majlis Tempatan Telemong 
  5. Majlis Tempatan Manchis
  6. Majlis Tempatan Bukit Tinggi  
  7. Kampung Shafie
  8. Kampung Simpang Pelangai
  9. Kampung Baru Sg. Gapoi
  10. Kampung Jambu Rias
  11. Kampung Benus
  12. Genting Sempah
  13. Kampung Janda Baik
  14. Kampung Baru Sg. Penjuring

Keluasan kawasan Majlis Daerah Bentong ketika penubuhannya adalah 42 batu persegi di mana 30.99 batu persegi adalah kawasan operasi penuh (bercukai) dan 10.0045 batu persegi adalah kawasan kawalan pembangunan

Kawasan operasi meliputi kawasan Bandar Bentong, Genting Highlands, Karak, Telemong, Manchis, Sg. Dua dan Bukit Tinggi. Manakala kawasan kawalan pula terdiri daripada kawasan Sg. Gapoi, Simpang Pelangai, Kg Shafie, Jambu Rias, Janda Baik dan Sg. Penjuring

Pejabat Majlis Daerah Bentong pada asalnya terletak di tingkat atas bangunan Pasar Bentong, dan kemudian berpindah ke bangunan sendiri di atas bekas tapak Rumah Rehat Bentong di Jalan Ketari

Mulai 1hb. Januari 2001, setelah 20 tahun penubuhannya, kawasan pentadbiran Majlis Daerah Bentong telah meningkat kepada 1,105 km persegi (426.542 batu persegi). Kawasan operasi baru adalah 867.69 km persegi (335.02 batu persegi). Anggaran penduduk dalam pentadbirannya melebihi 104,000 orang dan pendapatan sebanyak RM13.25 juta bagi tahun 2003

Pada 19hb. November 2003, Pihak Berkuasa Negeri melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan telah bersetuju menyokong cadangan menaik taraf Majlis Daerah Bentong kepada Majlis Perbandaran Bentong

Pada 16hb. Julai 2005, Majlis Daerah Bentong dengan rasminya diisytiharkan menjadi MAJLIS PERBANDARAN BENTONG

Perkhidmatan

Sudah semak cukai anda tahun ini? Kunjungi kaunter MPP atau layari laman rasmi untuk maklumat lanjut. Ada cadangan atau aduan? Gunakan sistem SISPAA MPP dan bantu kami tingkatkan mutu perkhidmatan.

Cukai Taksiran

Peringatan Penting Cukai Taksiran

Bil Cukai Taksiran bagi tempoh setengah tahun pertama (Januari – Jun) hendaklah dijelaskan sebelum atau selewat-lewatnya pada 28 Februari manakala bagi tempoh setengah tahun kedua (Julai – Disember) adalah pada atau selewat-lewatnya pada 31 Ogos setiap tahun. Kelewatan membayar dalam tempoh yang ditetapkan akan dikeluarkan Notis E dan akan dikenakan denda lewat sepertimana berikut:

Jumlah HutangDenda Lewat Bayar
RM100.00 dan ke bawahRM2.00
RM101.00 hingga RM200.00RM3.50
RM201.00 hingga RM300.00RM5.00
RM301.00 hingga RM400.00RM6.50
RM401.00 hingga RM500.00RM10.00
Setiap pertambahan RM100.00 berikutnyaRM2.00 tambahan

WARAN PENAHANAN HARTA (Warrant Of Attachement) akan dikeluarkan jika bayaran yang dituntut di dalam Notis E TIDAK dijelaskan dalam tempoh 15 hari dari tempoh notis tersebut disampaikan. Caj tambahan sebanyak 10% akan dikenakan berasaskan kepada keseluruhan jumlah tunggakan. Kegagalan pemilik menjelaskan jumlah tuntutan sepertimana yang dinyatakan di dalam waran membolehkan harta alih disita dan dilelong.

Bayaran Cukai Taksiran boleh dibuat dengan kaedah-kaedah berikut :-

  • Bayaran Tunai dan Kad Kredit di Kaunter PEJABAT MAJLIS PERBANDARAN BENTONG
  • Bayaran secara “online” melalui perkhidmatan PBTPay, Pahanggo, perbankan CIMB Bank dan Maybank2u
  • Bayaran Tunai di Kaunter Pejabat POS dan Kaunter Bank Simpanan Nasional

Segala urusan pindah milik harta dan pertukaran alamat mestilah dimaklumkan kepada pihak Majlis Perbandaran Bentong dan kegagalan untuk berbuat demikian pemilik boleh dikenakan denda.

e-Bayaran

PahangGO

  1. Buka aplikasi PahangGO
  2. Pilih“pay”
  3. Pilih “Majlis Perbandaran Bentong”

Nota Untuk membuat bayaran atau carian, sila masukkan nombor akaun tanpa awalan huruf ‘T’. Contoh: 0602001234501

Jompay

  1. Masukan biller kod-“71712”
  2. Masukan ref 1 –“No Akaun Cukai Atau Sewaan
  3. Masukan ref 2 –“Nama Pemilik

PBT Pay

  1. Layari PBTPay
  2. Pilih“PBT”
  3. Pilih “Majlis Perbandaran Bentong”
  4. Masukkan nombor akaun 

Nota: Untuk membuat bayaran atau carian, sila masukkan nombor akaun tanpa awalan huruf ‘T’. Contoh: 0602001234501

BSmart

  1. Layari BSmart
  2. Masukkan No Akaun

Nota: Untuk membuat bayaran atau carian, sila masukkan nombor akaun tanpa awalan huruf ‘T’. Contoh: 0602001234501

Kesimpulan

Ringkasnya, Majlis Perbandaran Bentong ialah pusat pentadbiran utama yang bukan sahaja mengurus pembangunan bandar dan daerah, tetapi juga memacu ekonomi serta pelancongan dengan visi hijau dan inovatif.

Ringkasan

  • Nama Artikel: Cukai Taksiran, Kompaun Majlis Perbandaran Bentong
  • PBT: #MPB 
  • Negeri: #Pahang 

Maklumat Korporat

AtributMaklumat
NamaMajlis Perbandaran Bentong
AlamatJalan Ketari, 28700 Bentong, Pahang Darul Makmur
Talian Am09-222 1148
Faks09-222 3729
Talian Aduan1300-88-1148
Emelmpb@mpbentong.gov.my
Laman Webhttps://www.mpbentong.gov.my
Piagam PelangganKomitmen perkhidmatan berkualiti kepada rakyat
Pembayaran OnlineCukai, kompaun & kupon melalui PahangGo
Aplikasi PahangGoPlatform pembayaran & semakan
SISPAA MPBSistem aduan & maklum balas
Talian KecemasanIPD Bentong: 09-2222222, Bomba: 09-2224444, Hospital: 09-2223333
Majlis Perbandaran Bentong
error: