Notis Pemberitahuan Sistem e-Penyata Gaji

Pengumuman sistem e-penyata gaji

Notis 06/12/2017.Tahukah anda?

Bahawa Sistem ePenyata Gaji & Laporan hanya menyimpan maklumat Penyata Gaji Bulanan bagi tempoh 18 bulan, Penyata Pendapatan Tahunan bagi tempoh 7 tahun dan Laporan Gaji Pusat Pembayar bagi tempoh 4 bulan terkini sahaja. Selepas daripada tempoh tersebut, maklumat akan dikeluarkan secara automatik daripada sistem. Adalah menjadi tanggungjawab tuan/puan untuk memuat turun maklumat tersebut ke dalam hard disk atau pendrive untuk kegunaan tuan/puan pada masa hadapan.

Notis 07/06/2017. Sekatan Potongan Gaji Penjawat Awam Melebihi 60%

Dimaklumkan Kerajaan bersetuju untuk membuka semula sekatan bayaran potongan gaji penjawat awam maksimum 60% melalui sistem gaji berkomputer JANM bermula bulan Jun 2017. Kod gaji baharu bagi potongan pinjaman peribadi/ insurans/ takaful baharu akan dilaksanakan mulai gaji Julai 2017 untuk tujuan pemantauan dan kawalan.

Sehubungan dengan itu, penjawat awam hendaklah mematuhi arahan pendapatan bersih sekurang-kurangnya berada pada paras minimum 40% melalui surat JPA.BK(S)328/2 Jld.13(9) bertarikh 24 Januari 2017 mengenai “Pemantauan Ke Atas Pegawai Yang Berada Dalam Keterhutangan Kewangan Yang Serius” supaya tidak dikenakan tindakan tatatertib.

Pembayaran Gaji

Jadual Pembayaran Gaji Bulanan Bagi Tahun 2019. (Satu Tarikh Gaji untuk Semua Negeri)

     Bulan Tarikh Hari Catatan 
     Januari 24.01.2019 Khamis  -
     Februari  25.02.2019 Isnin Tahun Baru Cina 5 & 6 Februari 2019 (Selasa & Rabu)
     Mac  25.03.2019 Isnin 
     April 25.04.2019 Khamis -
     Mei 23.05.2019 Khamis Hari Pesta Keaamatan 30 & 31 Mei 2019 (Khamis & Jumaat)
     Jun 25.06.2019 Selasa Hari Gawai 1 & 2 Jun 2019 (Sabtu & Ahad)
Hari Raya Puasa 5 & 6 Jun 2019 (Rabu & Khamis)
     Julai 25.07.2019 Khamis -
     Ogos 22.08.2019 Khamis Hari Raya Haji 11 Ogos 2019 (Ahad)
     September 25.09.2019 Rabu -
     Oktober 17.10.2019 Khamis Hari Deepavali 27 Oktober 2019 (Ahad)
     November 25.11.2019 Isnin  
     Disember 18.12.2019 Rabu Hari Krismas 25 Disember 2019 (Rabu)

E-melkan Masalah atau Aduan berkaitan Sistem e-Penyata Gaji & Laporan ke e-mel rasmi epayslip@anm.gov.my dengan menyertakan Nama Penuh, No.KP, No.Gaji, No.Kod Pejabat Perakaunan, No.Kod Jabatan dan No.Kod Pusat Pembayar