Pengenalan Pinjaman Peribadi Personal Loan

Untuk komunikasi secara direct tanpa save nombor saya, sila klik direct whatsapp di bawah;

direct link whatsapp

Apakah maksud CCRIS?

CCRIS bermaksud Central Credit Reference Information System adalah laporan bulanan secara berkala yang dihantar oleh institusi kewangan kepada Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memaklumkan mengenai situasi ansuran ke atas pinjaman yang anda lakukan pada setiap bulan dalam tahun semasa.

Semua transaksi ansuran bulanan akan dihantar ke Bank Negara untuk dijadikan sebagai rujukan institusi kewangan.

Aktiviti pembayaran yang akan direkod ke dalam sistem CCRIS adalah seperti bayaran ansuran sewa beli kenderaan, ansuran pembiayaan perumahan, ansuran pinjaman peribadi (personal loan) dan ansuran kad kredit serta bayaran ansuran pinjaman pelajaran seperti pinjaman MARA, JPA, PTPTN dan lain-lain.

Pendek kata setiap pembelian melalui bayaran secara ansuran akan direkodkan ke dalam sistem CCRIS ini.

Rekod pembayaran ansuran yang bersih dan teratur adalah amat penting dalam menilai prestasi kewangan bagi anda untuk memohon sebarang bentuk pinjaman atau pembiayaan seperti pinjaman peribadi, permohonan kredit kad dan lain-lain kerana insitusi kewangan khasnya bank akan meneliti laporan CCRIS jika terdapat mana-mana ansuran yang lambat bayar atau terlepas bayar selama beberapa bulan kemungkinan besar permohonan anda akan ditolak.

Jika pembayaran ansuran bulanan adalah baik, maka laporan CCRIS akan menunjukkan indikator '0' yang bermakna tiada bayaran tertunggak tetapi sekiranya dalam bertanda '1' bermaksud tertunggak satu bulan dan '2' bermaksud tertunggak 2 bulan.

Laporan CCRIS ini melaporkan keseluruhan aktiviti pembayaran ansuran selama 12 bulan ke atas tahun semasa jadi anda harus mempunyai rekod CCRIS yang baik untuk membuat permohonan dengan insitusi perbankan bagi tujuan seperti di atas.

Untuk mendapatkan laporan CCRIS ini, anda harus ke Bank Negara. Terdapat beberapa e-Kiosk untuk mencetak penyata CCRIS anda.

Anda hanya perlu membawa MyKad dan proses imbasan cap jari menggunakan sistem biometrik akan dilakukan bagi mendapatkan laporan CCRIS.

Proses mendapatkan penyata CCRIS adalah lebih kurang sama seperti proses mencetak penyata KWSP anda di pejabat cawangan KWSP.

Sila ke laman web Bank Negara Malaysia (BNM) untuk keterangan lanjut.

Sila klik dihalaman seterusnya untuk mengetahui mengenai takrifan dan pengertian CTOS dalam bahasa yang mudah difahami. Info mengenai sistem RAM Credit Info (RAMCI) dan sistem Spika juga boleh didapati dengan klik halaman seterusnya>>

Search terms: ctos, ccris, bank negara malaysia, bnm, blacklisted, senaraihitam, personal loan, pinjaman peribadi, personal financing, koperasi, koperasi loan, pinjaman koperasi, bank rakyat, bank islam, pinjaman peribadi koperasi, islamic loan, islamic financing, pembiayaan peribadi, jadual pinjaman peribadi, payment schedule loan, biro angkasa, payout 100%

Cetakan epenyata gaji anm dan laporan

Cetakan eslipgaji (payslip) jabatan akauntan negara malaysia. Cara mendaftar dan panduan semakan payslip akan ditunjukkan