Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (‘KOPERASI IMAN’)

Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad (‘KOPERASI IMAN’) telah diperbadankan pada 21hb Julai, 1981 dengan Modal syer sebanyak RM27,244-00 dengan keanggotaan seramai 272 orang.

Pada peringkat awal penubuhan, Koperasi Iman menjalankan aktiviti dalam perniagaan ‘trading’ secara kecil-kecilan dan runcitan.

Kemudian aktiviti tersebut telah dipertingkatkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan kemasukan Anggota Lembaga yang berpengalaman dari berbagai latar belakang, yang dinamik serta berdaya maju.

Dalam mempergiatkan aktiviti perniagaannya ke arah yang lebih maju lagi, Koperasi Iman telah memperkenalkan perkhidmatan Skim Pembiayaan Barangan Pengguna (As-Syarik) kepada anggota-anggotanya dengan membeli produk Koperasi yang dijual menerusi jalinan rangkaiannya.

Produk pengguna yang dijual oleh Koperasi Iman adalah seperti barangan elektrik (seperti TV, peti ais, air-cond, dll), komputer, hi-fi, perabut, barangan kesihatan, motorsikal berjenama MODENAS dan lain-lain.Walau bagaimanapun, pembiayaan ini telah ditamatkan pada tahun 2002.

Bermula pada tahun 2005, Koperasi Iman telah mula menawarkan perkhidmatan Skim Pembiayaan Tunai kepada anggota-anggotanya.

Aktiviti daripada skim ini telah memberi sumbangan yang utama kepada pendapatan koperasi Iman. Koperasi Iman juga memainkan peranan bermula daripada pemasaran, pemprosesan, kelulusan, kutipan bayaran balik dan susulan kredit.

Pembiayaan ini digunakan untuk menyalurkan pembiayaan peribadi tunai kepada anggota-anggota koperasi.

Selain daripada perkhidmatan Skim Pembiayaan Tunai kepada anggota-anggotanya, Koperasi Iman menawarkan satu lagi perkhidmatan iaitu pembukaan bagi perniagaan Ar Rahnu X’Change.

Kedai Ar Rahnu X’Change ini telah mula beroperasi pada 16hb Mei, 2008. Perniagaan Ar Rahnu ini merupakan satu perniagaan francaise di mana Rakyat Management Services Sdn Bhd (RMS) yang merupakan anak syarikat Bank Rakyat berperanan sebagai francaisor sementara Koperasi Iman sebagai Francaisi.

Selain daripada aktiviti kredit dan pajak gadai, Koperasi Iman juga terlibat dalam aktiviti pertanian iaitu ternakan lembu fidlot dan kambing. Selain itu juga, sebagai nilai tambah aktiviti tersebut, Koperasi Iman juga menghasilkan baja organik dengan jenama sendiri iaitu i-Man Farm.

Pusat Ternakan i-Man Farm kini beroperasi di Hulu Langat dengan keluasan tanah 1.656 ekar. Pusat ternakan ini mampu menempatkan sehingga 250 ekor lembu dan 200 ekor kambing pada satu-satu masa.

Dengan kekuatan kakitangan yang bertugas di Unit Operasi, Unit Pemasaran dan dengan pemantauan Penyelia Ladang serta di bantu oleh kakitangan am di pusat ternakan, Koperasi Iman yakin bahawa sektor ini mampu bersaing secara agresif di kalangan syarikat perladangan yang sedia ada.

Sehingga 31hb Disember, 2009; Modal Syer dan Yuran Anggota telahpun meningkat kepada RM3,586,960.01 dengan jumlah keanggotaan seramai 10,682 orang. Keanggotaan Koperasi ini terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat; terutamanya dari kalangan kakitangan Kerajaan, Badan-Badan Berkanun dan GLC (Government Link Companies).

Koperasi Iman juga adalah ahli kepada ANGKASA (Badan Puncak Gerakan Koperasi) yang mengendalikan khidmat potongan gaji untuk kakitangan Kerajaan dan khidmat Latihan.

Perkhidmatan

Pembiayaan Peribadi Patuh Syariah

Kempen Keanggotaan Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad. Permohonan pembiayaan adalah seperti berikut :

KEISTIMEWAAN

  1. Skim Perlindungan Kredit
  2. Skim Khairat
  3. Skim Pengurusan Wasiat
  4. Mendapat Dividen ke atas Syer &
  5. Kadar Keuntungan pembiayaan yang berpatutan
  6. Proses yang Telus, Cepat dan Tepat. Berlandaskan Syariah Islam sepenuhnya.

KELAYAKAN

  1. Untuk kakitangan Kerajaan I Badan Berkanun I Majlis Daerah I IPTA :
  2. Berjawatan tetap dan tempoh berkhidmat minima 6 bulan.
  3. Berusia 19 - 58
  4. Pembiayaan sehingga RM200,000.00.
  5. Tempoh bayaran balik pembiayaan selama 120 bulan (10 tahun).
  6. Gaji + Elaun tetap tidak kurang RMl,500.
  7. Mempunyai skim potongan gaji melalui Biro perkhidmatan Angkasa (BPA).
  8. Potongan gaji tidak melebihi 60% daripada gaji asas dan elaun Untuk Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) I GOC I Swasta :
  9. Berjawatan tetap dan tempoh berkhidmat minima 6
  10. Berusia 19 - 58
  11. Pembiayaan sehingga RM200,000.00.
  12. Tempoh bayaran balik pembiayaan selama 120 bulan@ 10
  13. Gaji + Elaun tetap tidak kurang RMl,500.
  14. Mempunyai skim potongan gaji melalui Biro perkhidmatan Angkasa (BPA).
  15. Potongan gaji tidak melebihi 50% atau 60% daripada gaji asas dan elaun

DOKUMEN

1 Salinan Kad Pengenalan yang disahkan oleh majikan.

  • 1 Penyata gaji asal yang terbaru.
  • 1 Salinan penyata gaji 3 bulan yang terkini dan disahkan oleh majikan, cop nama, jawatan dan alamat majikan pada Borang BPA 1/79 (ANGKASA).
  • 1 Salinan akaun bank (Muka surat Butiran Peribadi).
  • 1 Salinan penyata bank untuk kemasukan 3 bulan gaji.
  • 1 Salinan surat pengesahan jawatan daripada majikan.
  • 1 Salinan surat tawaran lantikan.
  • 1 Salinan penyata KWSP.
    *Tertakluk pada terma dan syarat.

Ar Rahnu X'Change

Sebagai strategi jangka-panjang Koperasi Iman dalam mempelbagaikan aktivitinya; sebuah kedai pajak gadai berkonsepkan Islam telah dibuka pada 16hb Mei, 2008.

Pajak Gadai ini di namakan Ar-Rahnu X’Change dibawah konsep francais dari kumpulan Bank Rakyat.

Kedai ini terletak berdekatan dengan Pejabat Urusan Koperasi Iman di Bandar Sri Gombak. Kedai Ar-Rahnu X’Change ini telah dibuka dan perasmiannya oleh Ketua Eksekutif, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Dato’ Mansor bin Saad; dalam tahun 2008.

TUJUAN AR – RAHNU

Menyediakan alternatif kepada masyarakat dalam memenuhi keperluan wang tunai segera.
Menghapuskan penindasan dalam urusan pajak gadai.

KELEBIHAN AR – RAHNU

  1. Pinjaman bebas riba.
  2. Upah simpan yang rendah berbanding konvesional.
  3. Proses lelongan yang telus.
  4. Perlindungan insuran.

KONSEP SYARIAH PRODUK

KONSEP PRODUK

Qardhul Hasan

  1. Pinjaman kebajikan tanpa faedah.
  2. Wadiah yad Dhamanah
  3. Simpanan dengan jaminan keselamatan.
  4. Ujrah
  5. Upah simpan barang gadaian.
JENIS – JENIS PRODUK AR – RAHNU
AZ ZAHAB
CIRI – CIRI PRODUK
CIRI – CIRI PRODUK

KELAYAKAN : -

  • Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap.
  • Berumur dari 18 tahun dan ke atas.
  • Tidak muflis.
HAD PINJAMAN

SKIM AR – RAHNU

  • 65 % atas nilai marhun.
  • Maksimum RM10,000.00 bagi setiap gadaian sehari.
  • Maksimum RM50,000.00.

SKIM AZ ZAHAB

  • 65 % atas nilai marhun atau maksimum RM100,000.00 bagi setiap gadaian.
TEMPOH GADAIAN

SKIM AR – RAHNU

  • Maksimum enam bulan.
  • Boleh diperbaharui semula tempoh gadaian iaitu maksimum 6 bulan.

SKIM AZ ZAHAB

Pelanggan diberi pilihan : -

  • Maksimum 3 tahun bagi tempoh bayaran secara ansuran.

Bagi pelanggan yang membayar secara sekaligus tempoh pinjaman adalah seperti berikut :-

  • Lanjutan 2 bulan terakhir dengan syarat menjelaskan upah simpan.
KEKERAPAN GADAIAN

SKIM AR – RAHNU

  • Jumlah pinjaman sehari tidak melebihi RM10,000.00.
  • Jumlah pinjaman terkumpul tidak melebihi RM50,000.00 (tidak temasuk upah simpan).

SKIM AZ ZAHAB

  • Gadaian RM10,001.00 keatas.
  • Jumlah terkumpul tidak melebihi RM100,000.00.
GADAIAN SEMULA Jika penggadai ingin meminda harga emas mengikut harga semasa atau mengurang / menambah bilangan gadaian maka penebusan perlu dilakukan dan penggadai perlu melakukan gadaian semula.

CARA BAYARAN BALIK

SKIM AR – RAHNU

  • Bayaran balik boleh dibuat secara sekaligus atau berperingkat.

SKIM AZ ZAHAB

  • Bayaran balik adalah ansuran bulanan atau sekaligus.

Ladang Ternakan Iman Farm

Pusat Ternakan i-Man Farm kini beroperasi di Hulu Langat dengan keluasan tanah 1.656 ekar. Ianya di buka pada tahun 2010.

Pusat ternakan ini mampu menempatkan sehingga 350 ekor lembu pada satu-satu masa.

Dengan kekuatan kakitangan yang bertugas di Unit Operasi, Unit Pemasaran dan dengan pemantauan Penyelia Ladang serta di bantu oleh kakitangan am di pusat ternakan, Koperasi Iman yakin bahawa sektor ini mampu bersaing secara agresif di kalangan syarikat perladangan yang sedia ada. i-Man Farm mempunyai perancangan untuk memperluaskan kawasan operasi ladang bagi menambah produk pengeluaran baru.

Selain itu pelan jangka panjang sedang dirancangkan bagi menampung keperluan permintaan dalam Negara.

Sebelum ladang dipindahkan ke Hulu Langat pada tahun 2010, ladangnya awalnya berada di Ulu Chepor, Perak. Ianya dibuka pada tahun 2008, dengan keluasan 6 ekar.

Pada tahun yang sama ladang tersebut telah dirasmikan oleh Dato’ Mansor bin Saad, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

Perpindahan dari kawasan Perak ke Hulu Langat, Selangor adalah untuk menyeragamkan serta memantapkan pengurusan dan pengawasan operasi.

Logo i-man FARM digunakan untuk semua produk hasilan ternakan. i-man FARM telah didaftarkan dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (Trade Mark) pada 9/9/2008; di bawah Kelas 1 (Fertilizer-Manure), 29 (Goods & Services-Meat, Poultry) dan 31 (Goods & Services - Agriculture Products).

TERNAKAN LEMBU PEDAGING SECARA FIDLOT

Lembu di pastikan agar sihat sentiasa dan ditentukan penambahan berat setiap hari. Setiap lembu yang berada di fidlot digredkan dan di lekatkan nombor tag untuk menentukan spesifikasinya.

Lembu pedaging merupakan Produk utama i-Man Farm. i-Man Farm mempunyai dua jenis lembu pedaging tempatan dan import iaitu baka KK dan Brahman Cross. i-Man Farm menggunakan kaedah penternakan secara Fidlot iaitu penternakan secara kurung dengan memberi makanan berterusan.

Antara produk lembu pedaging yang dipasarkan adalah secara bulat (lembu hidup) dan Carcass. Jualan secara bulat (lembu hidup) lebih tertumpu kepada penjual – penjual dipasar, pembekal daging ( pemborong ) , penternak tempatan dan individu perseorangan.

Jualan lembu hidup juga lebih mendapat sambutan terutama pada musim perayaan dan cuti sekolah. Permintaan pada musim perayaan lebih tertumpu pada masjid – masjid dan surau – surau terutama pada musim perayaan Hari Raya Qurban.

Selain itu juga, permintaan carcass lebih tertumpu kepada pengusaha – pengusaha restoran dan catering. Harga yang i-Man Farm tawarkan juga amat berpatutan bergantung kepada saiz lembu dan baka lembu.

JENIS TERNAKAN LEMBU

Lembu K.K Cross

Ciri – ciri ternakan lembu K.K. Cross adalah mempunyai purata berat badan diantara 80kg sehingga 230kg . Proses kenaikan berat badan yang diperolehi diantara 500 – 800gram sehari mensasarkan pemeliharaan lembu selama 90 hari. Pasaran utama lembu ini adalah semasa perayaan.

Lembu Brahman Cross

Ciri – ciri ternakan lembu Brahman Cross ini mempunyai berat badan antara 250 kg sehingga 300kg. Sasaran utama penjualan lembu ini adalah tertumpu kepada perseorangan yang menjalankan aktiviti kenduri dan musim perayaan hari raya qurban.

PERKHIDMATAN SEMBELIHAN & PENGHANTARAN

i-Man Farm mempunyai rumah sembilahan diladang. Ini bertujuan memenuhi permintaan pelanggan yang inginkan perkhidmatan menyembelih lembu dan kambing.

Pekerja - pekerja yang menyembelih ternakan lembu dan kambing juga telah diiktiraf dan telah menyertai Kursus Penyembelihan dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia.

Sekiranya terdapat pelanggan yang inginkan perkhidmatan menyembelih lembu dalam kuantiti yang banyak, i-Man Farm akan menggunakan Rumah Sembelihan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi tujuan penyembelihan. Ini kerana, Rumah Sembelihan di i-Man Farm tidak dapat memenuhi keperluan sembelihan yang banyak.

i-Man Farm juga menyediakan perkhidmatan penghantaran secara percuma ke kawasan lembah klang sahaja dan Melaka, Negeri Sembilan dan johor bergantung kepada jumlah pesanan dengan jumlah minima pembelian lembu

sebanyak 5 ekor I-Man Farm juga mengalu–alukan kehadiran individu perseorangan dan berkumpulan untuk membuat lawatan di ladang I-Man Farm.

Antara kunjungan yang pernah dilawati di ladang I-Man Farm ialah sekumpulan pelajar dari Universiti Putra Malaysia, Maktab Kerjasama Malaysia dan Agensi kerajaan.

Takaful e-Covernote

Koperasi Sebaguna Iman Malaysia Berhad (KOIMAN) merupakan agent takaful berdaftar yang sah untuk produk Takaful lkhlas & Etiqa Takaful.

Kami juga menawarkan perkhidmatan kepada anggota melalui pelbagai produk takaful yang patuh Syariah dan menjimatkan masa.

Selain itu, KOIMAN juga menawarkan perkhidmatan dan pembaharuan cukai jalan tanpa caj tambahan dikenakan kepada peserta.

TUJUAN TAKAFUL:

  1. Memberi perlindungan kepada peserta dan anggota.
  2. Melindungi harta benda.
  3. Meringankan beban kepada peserta apabila ditimpa musibah.

JENIS-JENIS PRODUK TAKAFUL:

  1. Takaful Kenderaan Bermotor.
  2. Takaful Khairat Kematian.
  3. Takaful Kebakaran.
  4. Takaful Mutiara Plus.

KELEBIHAN MEMILIH TAKAFUL BERSAMA KAMI:

  • Berlandaskan Syariah.
  • Tiada unsur Maisir (Judi), Gharar (ketidakpastian), dan Riba.
  • Sebut Harga PERCUMA!
  • Sumbangan Serendah RM 10.00.
  • Diskaun bagi produk Mutiara Plus kepada peserta dan anggota.
  • Tidak perlu ke JPJ dan pejabat pos.
  • Perkhidmatan yang mesra, menjimatkan masa dan pantas.
  • Kelulusan tuntutan segera.
  • Jumlah perlindungan mengikut harga pasaran.
  • Cukai jalan dihantar terus ke rumah atau pejabat.
  • Khidmat bantuan jalanraya 24 jam dengan kos penundaan percuma* (tertakluk kepada syarat yang ditetapkan oleh Etiqa & Takaful ).

Serunding iMan Farm

KOIMAN menjadi pengeluar produk serunding atau 'Floss' yang dikeluarkan di bawah jenama i-Man Farm.

Produk Serunding ini disahkan halal oleh JAKIM dan mendapat sijil MeSTI daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terdapat 4 jenis produk serunding i-man FARM® seperti berikut;

  • Serunding Ayam
  • Serunding Daging
  • Serunding Tuna
  • Serunding Ketam

Terdapat 2 jenis pembungkusan bagi produk ini iaitu 80gram dan pembungkusan industrial (1kg, 12kg dan 30kg). Pembungkusan 80gram amat sesuai untuk dijadikan hamper atau hadiah dan jualan secara runcit.

Manakala pembungkusan industri turut disediakan bagi belian secara pukal oleh pihak kedai roti, hotel atau kafeteria bagi penyediaan masakan.

KEISTIMEWAAN PRODUK SERUNDING I-MAN FARM

Bahan Mentah

Daging Lembu - hanya menggunakan bahagian topside dan knuckle. Mempunyai logo veterinar (VHM) dan diimport dari Australia.

Daging ayam - tanpa tulang, lemak dan kulit dan mempunyai logo veterinar (VHM). Menggunakan bahagian dada sahaja dari jenis ayam penelur.

lkan tuna - menggunakan ikan yang mempunyai berat lebih dari 15kg kerana isi yang lebih padat dan pejal. Diambil secara segar dari Sabah.

Ketam - menggunakan isi ketam yang segar diambil dari Sabah.

Tekstur: Halus, kering gebu dan tidak berminyak sesuai untuk topping bun, roti, pizza, sushi dan sup.
Jangka Masa

  • Serunding ayam & daging - 1 tahun 6 bulan dari tarikh dikilangkan.
  • Serunding tuna & ketam - 2 tahun dari tarikh dikilangkan.

Kegunaan

  • Menjadi makanan tambahan atau pelengkap sesuatu hidangan seperti bubur, soto, nasi/nasi goreng dan sup.
  • Bersifat makanan tersedia 'ready to eat' boleh dibawa ke mana sahaja (untuk tujuan riadah, perkhemahan dan snek ringan).

Sekiranya berminat untuk menjadi sub-pengedar atau ingin membeli boleh berhubung di talian 03-6187 3386 atau Whatsapp 019-2898 936

Sekiranya berminat untuk menjadi sub-pengedar atau ingin membeli boleh berhubung dengan Whatsapp O19-289 8936.

Hubungi Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad

Koperasi Serbaguna Iman Malaysia Berhad,
No 17, Jalan SG 3/4, Pusat Bandar Sri Gombak,
68100, Batu Caves, Selangor.

Telefon - 03 6187 3386
Fax - 03 6187 3385
Email - Info@koiman.com.my

Produk KOIMAN
Unit Pemasaran Dan Pembiayaan
03 6187 3384
03 6185 3343

Ar Rahnu X'Change Seri Kembangan
03 8942 1177

Ar Rahnu X'Change Sri Gombak
03 6189 4387

Ar Rahnu X'Change Damansara Damai
03 6158 1132

*sumber: https://www.koiman.com.my